Thursday 21 March 2013

Lets Spread kpop face tOwel to the world (^__^)


Designing, Creating, Modifying Blank Face Towel to my FavOrite K-pOp logo.its hard to find Kpop face towel @ handkerchief in Kuantan :( at first,juz testing.out of cOntrOl, 2 had been sOld.success in spreading kpop face tOwel to the world.keke


BIG BANG face towel

CN BLUE face towel

SNSD face towel

2PM face towel (1st try so only using cheap handkerchief)

SHINEE face towel (cheap handkerchief too --" )


Sunday 29 January 2012

BFF kerrr *happy birthday KD*

Din: aku msg ko ni ada hal nak tanya
Inas: apa dia
Din: Birthday KD akhir bulan ni kan.ko ada buat ape2 x? x buat video ke?

Actually,sejujurnya dah lupa pasal video birthday.bukan apa, bila duduk berjauhan dah susah nak buat video.Surprise apatah lagi.tapi bila Din tanya,tetiba rasa terharu. Din yang orang kenal sebagai selfish, ego, bajet hensem (tapi kitorang terima dia seadanya) boleh ingat pasal ni. (oh,adakah ini bermakna Din sudah mengakui kami BFF nya.oooww man!) Oleh sebab itu kerahkan jugak kepala akal bergabung otak untuk dapatkan idea. Alhamdulillah. walaupun merepek yang penting IKHLAS sebagai PENGHARGAAN IKATAN PERSAHABATAN walau berjauhan >__<



‘SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 24 KHADIJAH’


*thanks untuk Din n Aqis krn membantu mengSUMBANGkan suara*
*stock video KD dah hbs Inas guna.tahun depan panjang umur jangan mintak lg video!*



Tuesday 3 January 2012

TERKEJUT kerana KEJUTAN

Inas: Boleh ea kakde.awak bagi pinjam 200,angah 200,lebih lagi adik wat pinjaman kat abang long along
Kakde: Tengoklah nanti..
Inas: nanti adik keje adik bayar (ayat standard bila nak pinjam duit)
Kakde: Tengoklah nanti..

Skrip yang diungkapkan setiap minggu dari bulan 10 tahun 2011. Sampai kakak Inas jadi serabut perot~Inas memang dah lama mengidam hp baru. Tapi pas tengok drama Korea Cinderella’s Stepsister main kat TV2,makin membuak-buak nak hp touch screen (bajet pakai touch screen jadi comel macam Moon Geun Young dlm citer tu.keke)

Moon Geun dlm Cinderella's Stepsister

Malam after Angah’s Wedding,sedara mara pun semua da balik Tinggal kitorang satu family and Nawwarah,Khadijah n Nasuha (diterbangkan KHAS dari KeyEll). Masa sesi buka hadiah pengantin,tetiba ader bungkusan bertulis jawi ‘Untuk Adik Tersayang dari Peminat Misteri’. Siapa tak terkejut kan,bukan Inas yang kawin pun tetiba ada hadiah sesat. Bile dah dapat fikiran yang kena kejutan elektrik sekejap, baru macam boleh agak ni macam menda yang diidam-idamkan jer.buka buka memang betul.SAMSUNG GALAXY ACE!!

Momo bersama Galaxy Ace sayer ^^,

Momo busy bermain Angry Bird (--")


ANGAH,KAK NGAH (kakak ipar baru), KAKDE,terima kasih UNTUK HADIAH YANG SANGAT BESTT!
MAMA,BABA terima kasih sebab TAK HALANG DIORANG BAGI HADIAH KAT ADIK.hee
ABANG TEH, adik tunggu HADIAH DARI KEMBOJA EA.haha
ABANG LONG,ALONG ciss.dah rasa bersalah giler sebab tak tunggu korang beli hp touch screen sesama.rupa nya dah tempah senyap2

Hp SAMSUNG W along.dapat lagi up kowtt~


 *Nasuha @ Yun: nanti masa abang yun kawin,yun pun nak buat banyak keje la.nanti diorang terharu yun banyak tolong,so nanti diorang bagi hadiah handphone kat yun* kekeke

Thursday 21 July 2011

TalenT Limit Time



Salam.

Anyionggg~

Penulis blog The Beoples, Khadijah pernah suggest buat entry psl ‘things people don’t know about me’. So ini salah satu perkara orang xtahu tentang Inas (^^,)

Bakat ialah sesuatu keistimewaan anugerah kurniaan Allah kepada hamba2Nya sama ada disedari dari kecil atau besar. Dulu, masa kecik Inas sangatttt suker melukis. Dari tadika dah didedahkan dengan lukisan dan warna2. Cakap je pertandingan melukis dan mewarna kat mana2, Inas akan pergi atau dipilih jadi wakil tadika dan sekolah. Siap hantar lukisan Shah Rukh Khan kt rancangan Irama Bollywood.hohoho...Pantang nampak kaler pensel jual kat kedai, mesti mintak Omma belikan. Bila tengok catalog Cosway yang ader jual set melukis sekali beg, selalu merayu minta blikan tapi xpernah dapat (dulu2 set melukis tu dikira barang yang mahal). Kalau kat sekolah cikgu tanya bila besar nak jadi apa, jwpan standard mesti cikgu, polis, peguam (walaupun xtau ape menda tu). Tapi Inas dengan confidentnya ckp nk jadi Pelukis. Sama ada pelukis komik atau pelukis yang ada galeri dia sendiri (gila matang pemikiran.hahaha)

Buku inspirasi Inas masa tu tajuk Anak Wawasan. Watak dalam buku citer ni sama dengan Inas, suka melukis. Pada akhirnya dia terpilih ke Jepun untuk pertandingan melukis dan menang. Inas xla sampai g Jepun cuma pernah dianugerahi Sijil Melukis dari Jepun (dihantar melalui Pos Laju Antarabangsa). Ni lah pencapaian tertinggi Inas. Ni semua jasa cikgu suruh Inas lukis 10 keping lukisan Permainan Tradisional Malaysia. Ingat lagi Omma yang tolong warnakan.hahaha. Selain sijil, disertakan sekali hadiah beg, buku melukis dan set melukis. Oh, yang ku idam2kan selama ni. Mesti Omma lega sebab xpyh belikan.hahaha

buku inspirasi yang masih elok even da 13 thun berlalu >.<


ni lah hadiah nya.punya la fokus study sampai dah x sempat guna.hahaha.xpela,tgu dpt anak sedara nnt bagi dia guna (^^,)


Dat the best and also the last best thing dalam hidup Inas. Then masa darjah 3, Inas lulus exam PTS (lompat kelas) dan terus naik Darjah 5. Orang memang cakap beruntung sebab jimat 1 tahun tapi tak semua best. Naik darjah 5, kena buli dengan abang kakak yang betul2 darjah 5 (besela, budak2 kecik yang rasa diorang dah besar sangat). Xde orang nak kawan, kawan2 semua kat Darjah 4. Melukis pun Inas terpaksa tinggalkan sebab nak focus pelajaran takut x dapat bawa. Seterusnya darjah 6 dan masuk sekolah menengah agama yang tidak menyediakan pendidikan seni. Masa tu memang x terfikir nak ambil subjek seni di luar lagi pun ditambah subjek yang dah sedia banyak...

Di UIA matrik, tanpa asas Seni atau Lukisan Kejuruteraan, dengan selambanya masuk Kuliyah Architecture n Environmental Design. Di situ, Inas baru sedar.... Inas dah x reti melukis. Inas dah lupa macam mana nak melukis. Hasilnya, projek yang biasa atau lebih bawah dari biasa. Sampailah di UIA Gombak, biasa biasa dan biasa.. kalau melukis pun hanya follow semula lukisan yang sudah sedia ada, tanpa originality dari diri sendiri.

Sebab tu Inas sangat teruja bila rakan2 seperti Aman Wan, Khadijah, Suppie Razzaq sangat terer melukis (in term of comic). Dan lukisan2 tu semua karakter yang original dari diorang. Sama juga terujanya bila dapat pergi Comic Fiesta. 2 tahun Comic Fiesta yang Inas dapat pergi. Mungkin pasni x dapat pergi dah (--‘’). ...Walaupun dah x melukis, Inas bersyukur sebab Allah temukan Inas dengan diorang. Sekurang2nya Inas x lupa perasaan gembira dan keterujaan bila melukis >.<

Apa yang penting, bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan untuk kita. Setiap orang punyai keistimewaan masing2. Dan jangan lupa, bila2 masa je Dia boleh tarik keistimewaan tu dari kita (^^,)

Sunday 10 July 2011

KURSUS KAHWIN??~


Salam...

Anyionngg~

Jap je dah masuk bulan julai,next month dah Ramadhan. Rasa baru lagi berkejar2 naik teksi, naik train, naik bas xmo smpai lambat untuk buka puasa masa praktikal dulu. Ingat kah anda saat2 itu wahai Iz, kak Husna, Zahir? neway, hepi berpuasa dan beribadat utk semua~

Kursus Kahwin?? Actually dulu masa still study kt UIA memang terfikir nak amik. Yela,price student lagi murah. Jeles jugak dengar Jeihan dah pergi amik. Tapi disebabkan kesibukan duniawi x menyempat sampai lah habis study. Pengaruh sekeliling ye jugak. Khadijah yang asyik dgn dunia blur nye, Aman Wan dengan dunia komik nye, Hafizudin dengan dunia drawing nye, dah rasa macam Nursery ceria ade jugak :) . nak ajak diorang pun dah x teringat dah. Bab kahwin jarang yang amat sangat disentuh. Satu soalan je asik ditanya. ‘ko nak kawin umur berapa’. Pastu dah melalut entah ke mana.haha

Yang sebenarnya, memang x berniat langsung nak pergi. Tetiba Omma cakap Kursus Kahwin 9-10 Julai. Sama pulak tarikh time kwn2 sekolah nk wat reunion mandi air terjun kt Sg Semuji (argghh~). Sebab sebenar adalah teman abang (kandung) pergi kursus tu. Bila orang tanya, pergi kursus kahwin sebab nak kahwin, Inas pergi kursus sebab teman abang :). Dengan hati yang xberapa nak ikhlas, pergi jela..

9-10 Julai 2011, bermula dan berakhirla Kursus Kahwin Inas. Nak cakap kursus ye jugak tapi ia lebih kepada menghadiri majlis ilmu. Dah lama sangat x pergi mendengar menda2 baik macam ni. Last kat sekolah Ihsan je dulu. Kaed?jgn harap~ Hati yang banyak Titik hitam mmg ckp nak cepat habis tapi hati yang bersih fikir sedalam2 nya apa yang penceramah sampaikan. Moga 2 aritu ilmu2 yang diturunkan diberkati.aminn

Alhamdulillah, akhirnya Inas dah selamat menggenggam sijil Kahwin. X kisah kahwin bila yang penting apa yang perlu dah diselesaikan. Jabatan Agama Islam pula sedang menghitung masa untuk menaikkan yuran kursus kahwin dan memanjangkan masa kursus dari 2 hari ke 5 hari. Kawan2, cpt berKursus!~

“kepada bakal suami Inas yang berada di satu sudut bumi Allah ini, Inas harap anda sudah berkursus kahwin dan layak mendapat sijil. Moga bila kita berjumpa, anda sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Insya Allah (^^,)”

Thursday 30 June 2011

DZUHAILI, SHAZWAN DAN 1 JULAI

1 Julai, lahirnya 2 manusia COMEL yang kebetulan wujud dalam hidup Inas. Seorang yang dah dianggap seperti ibu dan seorang lagi teman terbaik.

Dzuhaili atau Dz atau Kak Dzu. Permulaannya hanya main2 tapi ntah macam mana boleh terlekat dengan panggilan Ma. Mungkin jiwanya yang penuh keibuan buat Inas rasa senang dengan panggilan tu. Bila teringat mesti tak boleh lupa muka Chinese look dia yang comel giler. She’s always there when I need her. Yang paling best ialah nasihat dia. Nasihatnya mesti berkaitan dunia dan akhirat. Masa Zaman Kegelapan Inas, dialah yang banyak mencerahkan semula. Satu yang paling Inas ingat Kak Dzu cakap ‘Allah takkan duga seseorang kalau dia tak dapat nak hadapi dugaan tu’.

‘Ma,Alhamdulillah. Semuanya dah berakhir. 2 tahun yang saya tunggu untuk berakhir tu dah tamat. Saya dah dapat sedikit demi sedikit apa yang saya cari dulu iaitu Ketenangan. Allah bagi saya masa untuk menghisab diri saya sendiri sebelum dihisab di sana kelak.... Live must go on. Ma pun dah meniti kebahagiaan. Tak lama lagi saya pulak kan Ma. Insyaallah’

Shazwan atau Shazu atau Aman Wan. Budak baik. Susah nak tengok dia marah. Muka pun da cam anime. Paling best pun bila mintak nasihat kat dia. Paling ingat bila dia cakap ‘Bila ko jumpa dengan seseorang dan dia bukan yang ditakdirkan untuk ko, ko anggap macam ko dalam satu perjalanan. Ko berhenti dan ko teruskan perjalanan hinggalah ko sampai kat tempat yang betul2’. Lebih kurang macam tu la.

‘thanks Wan. Aku yakin Insyaallah ko akan berjaya pada masa hadapan sebab ko Shazwan! Ko memang teman terbaik!

Sebagai hadiah sekaligus mengingati semula pembelajaran Flash (makasih Cikgu F!), 1 minit merepek ini untuk anda:

HaPPy MAMA DZU day!




P/S :wan,video ko later erk.aku da upload tp kne block (Siyus video tu xde yg negative.budak2 pun blh tgk). bwahahahaha (gelak tension)

Saturday 9 April 2011

keGILAan terbaru~

anyiongggg~
skrg Inas ader kegilaan terbaru iaitu INFINITE!! (say heyyy,say hoooo)
ni semua Yun unnie punya pasal.paksa Inas tgk reality show You're My Oppa.owww,kalau lah Inas blh dpt 7 org Oppa (abg) yg hensem dalam sekelip mata.tp diorang bkn oppa, diorang dongseng (adik). semua baru 22 ke bawah.waaaaaaa~

Perkenalkan family baru Inas, INFINITE!




Dari kiri: Hoya (dancing machine) ,Sungjong (maknae), Tablo (Epik High), Inas (ngehehehe), L (vocalist), Woohyun (main vocal), SungYeol (acting cute)
Depan: Sunggyu (leader), Dongwoo (rapper)

Rite now, Inas pling suka Sungyeol cuz dia kelakar ala2 Onew Shinee.n also L Myung Soo cuz mcm L Death Note.leader Sunggyu n Woohyun pun ok cuz suara diorang bes. Hoya sbb sebijik macam Junsu Oppa.Dongwoo, Sungjong...mana satu nak suka nih? ottokee


Sungyeol yang sengal



L @ Myung Soo.kiyowoooooo~


see, i told u Hoya macam JunSu oppa~

best damn song abad ini

Infinite-before the dawn

http://www.youtube.com/watch?v=HveyibT0D1A&feature=related

Infinite-she's back

http://www.youtube.com/watch?v=6Djj0P1JINw

Infinite-Nothing's Over

http://www.youtube.com/watch?v=zpT4EkgSIQg


kumao Yun unnie,after 2Pm, anda wat saya gila dgn Infinite~